Wednesday 16 March 2011

Dari Perspektif Islam_GAY DAN LESBIAN

   Menurut perspektif islam, gay dan lesbian merupakan golongan yang mengamalkan hubungan luar tabii dan boleh dijatuhkan hukuman bunuh. Golongan seperti ini telah wujud berkurun-kurun lamanya sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw lagi. Majoriti umat islam ketahui sejarah kewujudan golongan ini di mana ia bermula sejak pengutusan Nabi Lut a.s. Tidak disangkal lagi , amalan golongan ini semakin berleluasa  dan tidak mampu dibendung sejak penurunan azab yang melenyapkan seluruh kaum Lut yang derhaka hingga ke era pengutusan Muhammad saw. Buktinya Allah masih memperingatkan bala bencana yang menimpa bangsa ini buat umat Muhammad saw sebagai peringatan keras.
  
   Sekiranya golongan ini sudah tidak wujud di atas muka bumi, sudah tentu tidak terdapat hikmah di sebalik peringatan Allah mengenai mereka di dalam al-Quran. Dalam erti kata lain, hilanglah mukjizat dan kefasihan isi kandungan al-Quran yang sedia ada itu. Apatah lagi, ia ditegaskan sendiri oleh Nabi saw di dalam hadis-hadis sahih bagi membenarkan firman Allah tentang kewujudan semua golongan ini.
  
   Dalam surah al-Syu'ara', ayat 165-166 ALLAH berfirman:

   "Patutkah kamu melakukan hubungan sejenis dengan lelaki dari kalangan manusia dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh TUHAN buat kamu semua untuk melakukan hubungan yang halal dari badan isteri-isteri kamu sendiri?(Kamu benar-benar orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (melebihi keinginan binatang!)


   Ijmak atau ulama sepakat mengharamkan perbuatan liwat dan hubungan sejenis berdasarkan al-Quran dan sunnah. Malah Rasulullah saw melaknat peliwat dan orang yang rela diliwat. Para sahabat Nabi saw sebulat suara menjatuhkan hukuman bunuh ke atas pesalah liwat dan golongan yang melakukan hubungan sejenis. Hal ini dinukilkan daripada ulama salafussoleh seperti Ibn Qudamah dan Ibn al-Qayyim.


   Tidak ada seorang pun sahabat mengingkari tindakan bunuh itu kerana Allah sendiri menunjukkan cara melenyapkan golongan ini dengan cara membalikkan bumi hingga mereka semua tertanam ke dalam tanah. Cuma, mereka berselisih pendapat mengenai cara pembunuhan paling sesuai dilakukan. Antara pendapat yang diutarakan adalah seperti direjam menggunakan batu hingga mati menurut Ali bin Abu Talib dan Ibn Abbas.
  
  Menurut jumhur(majoriti) ulama, hukum ini merangkumi semua golongan sama ada peliwat atau orang yang rela diliwat itu anak dara, teruna, atau sudah berkahwin dan melakukannya dalam keadaan waras. Di dalam sahih al-Tirmizi, Ibn Abbas r.a mendengar Rasulullah saw bersabda:

   "Sesiapa sahaja yang kamu semua dapati melakukan amalan kaum Lut(liwat atau hubungan sejenis), bunuhlah pelaku dan mangsa yang rela itu."


   Al-Fudahil bin 'Iyadh r.h berpendapat golongan yang mengamalkan hubungan sejenis walaupun dimandikan dengan beberapa kali limpahan air hujan namun golongan ini tetap bertemu ALLAH dalam keadaan kotor. Di dalam riwayat Ahmad, Syeikh Syu'aib al-Arnaut telah menghasankan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas daripada Rasulullah saw:

   "ALLAH melaknat sesiapa sahaja mengamalkan amalan kaum Nabi Lut(sebanyak tiga kali)."


   Lihatlah, betapa dasyat hukuman yang wajar diterima oleh golongan ini di dunia . Apatah lagi hukuman di akhirat kelak. Bayangkan betapa dasyat golongan ini suatu ketika dahulu dihempap bumi lalu menjadi sebuah lautan yang dikenali sebagai Laut Mati(Dead Sea). Petanda ini masih wujud hingga sekarang sebagai bukti dan iktibar buat umat yang terkemudian.                                                            



No comments:

Post a Comment