Wednesday 16 March 2011

SYAFAAT AL-QURAN

   Di dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

   "Pada hari kiamat nanti, di hadapan Allah swt, tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada al-Quran, bukannya Nabi, bukannya malaikat dan sebagainya."


   Melalui hadis di atas, kita dapat mengetahui bahawa al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa..

   "Apabila seseorang itu meninggal dunia, dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri da bahagian kepalanya."


   Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:
   "Dia adalah kawanku.Aku tidak akan meninggalkannya keseorangan walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"


   Selepas itu, dia berpaling ke arah mayat sahabatnya itu dan berkata:

   "Akulah al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat. Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi."  


   Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu , kita adalah orang -orang yang rugi.

   Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkannya atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur, siapakah lagi yang akan menemani kita, jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia,

   Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan Allah itu adalah benar. Dekatilah Al-Quran dan jadikanlah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita rahmat dan hidayat Nya...AMIN...  









                                                                                                                                    

Dari Perspektif Islam_GAY DAN LESBIAN

   Menurut perspektif islam, gay dan lesbian merupakan golongan yang mengamalkan hubungan luar tabii dan boleh dijatuhkan hukuman bunuh. Golongan seperti ini telah wujud berkurun-kurun lamanya sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw lagi. Majoriti umat islam ketahui sejarah kewujudan golongan ini di mana ia bermula sejak pengutusan Nabi Lut a.s. Tidak disangkal lagi , amalan golongan ini semakin berleluasa  dan tidak mampu dibendung sejak penurunan azab yang melenyapkan seluruh kaum Lut yang derhaka hingga ke era pengutusan Muhammad saw. Buktinya Allah masih memperingatkan bala bencana yang menimpa bangsa ini buat umat Muhammad saw sebagai peringatan keras.
  
   Sekiranya golongan ini sudah tidak wujud di atas muka bumi, sudah tentu tidak terdapat hikmah di sebalik peringatan Allah mengenai mereka di dalam al-Quran. Dalam erti kata lain, hilanglah mukjizat dan kefasihan isi kandungan al-Quran yang sedia ada itu. Apatah lagi, ia ditegaskan sendiri oleh Nabi saw di dalam hadis-hadis sahih bagi membenarkan firman Allah tentang kewujudan semua golongan ini.
  
   Dalam surah al-Syu'ara', ayat 165-166 ALLAH berfirman:

   "Patutkah kamu melakukan hubungan sejenis dengan lelaki dari kalangan manusia dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh TUHAN buat kamu semua untuk melakukan hubungan yang halal dari badan isteri-isteri kamu sendiri?(Kamu benar-benar orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (melebihi keinginan binatang!)


   Ijmak atau ulama sepakat mengharamkan perbuatan liwat dan hubungan sejenis berdasarkan al-Quran dan sunnah. Malah Rasulullah saw melaknat peliwat dan orang yang rela diliwat. Para sahabat Nabi saw sebulat suara menjatuhkan hukuman bunuh ke atas pesalah liwat dan golongan yang melakukan hubungan sejenis. Hal ini dinukilkan daripada ulama salafussoleh seperti Ibn Qudamah dan Ibn al-Qayyim.


CANTIK SANGATKAH KITA?

   Bagi perempuan, wajah jadi cantik setelah dilukis semula. Bagi lelaki pula , wajah jadi terurus setelah membuat landscaping kecil dengan menebas misai dan janggut serta menyikat rambut.Buat orang lelaki,tali leher yang terjerut kemas akan menampilkan gaya yang segak. Bagi orang perempuan, busana yang diperagakan akan menganggunkan ketrampilan. Perfume yang disembur menyegarkan bau tubuh dan menaikkan aura. Orang yang berselisih dengan kita boleh terhenti untuk menghidu bau minyak wangi yang kita pakai.
  
   Itulah kebiasaan yang kita lalui sebagai manusia yang berkerjaya. Bagi golongan suri rumah, pelajar, mahupun yang masih belum bekerja, rutin harian yang dilalui lebih kurang sama juga.Dalam masa tidak sampai sejam,kita sudah pun siap. Kita lalui semua proses mendandan diri separuh robotik ini sebaik sahaja bangun tidur. Namun pernahkah kita berhenti seketika, termenung dan merenung kembali buat seketika? Apabila bangun tidur, Sebelum melompat atau bermalas-malas mengheret kaki ke bilik air, terciumkah kita bau tubuh sendiri terutamanya bau yang datang daripada mulut kita? Wangikah ia?
 
   Apabila membelek wajah di cermin, lihatlah kelayuan mata sendiri yang cengkung dan bergelanggang kerana belum dipalit kelilingnya dengan celak dan shadow. Berapa garis kedutkah yang kita ada. Kurang daripada sepuluh atau sudah tidak terkira? Biasanya kita tidak sempat membilangnya kerana cepat-cepat menutupnya dengan bedak. Bila diperhatikan betul-betul, rambut kita yang ikal seperti seludang kelapa sudah semakin lurus seperti berus periuk terpakai. Tidak lama lagi, warna putihnya akan melebihi warna hitamnya. Misai yang tebal pun sudah jarang-jarang dan tidak tentu hala tumbuhnya.
  
   Tetapi, "tidur itu saudara mati." Demikian sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh al-Bazzar. Oleh kerana terlupa melihat kekurangan fizikal diri sendiri, kerana hendak berkejar menyoleknya, maka kita sudah alpa akan kecacatan bentuk zahir kita.
  
   "Allah saw(Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati:dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain(ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesunggunhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir(untuk memahaminya)."<Az-Zumar 39:42>
  
   Sedangkan fizikal kita sendiri  kita lupakan kerana sentiasa disalut dengan pakaian yang indah-indah, bagaimana pula dengan spiritual kita? Jika yang boleh dilihat itu tidak selalu dipandang, bagaimana pula dengan bahagian diri kita yang tidak dapat ditilik?
 
   Apakah batin kita secantik yang kita anggap selama ini?
  
   Atau pun ia lebih hodoh daripada kita yang zahir ini?





Tuesday 15 March 2011

infiniti_PLANET NIBIRU ADA KAITAN DENGAN HARI KIAMAT?

   Pada bulan September 1846, selepas penemuan planet kelapan iaitu Neptun, seorang ahli matematik Perancis bernama Le Verrie mengandaikan bahawa berkemungkinan masih ada planet lain dalam sistem suria kita yang belum ditemui.Justeru, ahli astronomi tersebut telah berusaha untuk mencari planet lain yang orbitnya melepasi orbit Neptun. Pencarian ini dapat menjelaskan gangguan yang terdapat dalam orbit-orbit planet Uranus dan Neptun. Ketika itu, seorang ahli astronomi, Percival Lowell telah menamakan planet yang dicari ini sebagai Planet X.

   Namun apabila Clyde Tombaugh, seorang ahli astronomi Amerika menjumpai Planet Pluto pada tahun 1930, didapati ciri-ciri yang terdapat pada planet Pluto adalah tidak sama dengan planet X seperti yang diramalkan. Sejak peristiwa itu, ahli astronomi sering menggunakan tatatanda planet X bagi sebarang planet yang diramalkan wujud, tetapi masih belum dijumpai. Menurut Felo Penyelidik di Institut Sains Angkasa(ANGKASA) Universiti Kebangsaan MAlaysia (UKM), Dr, Geri Gopir, gelaran planet X sebenarnya digunakan untuk planet yang tidak diketahui tetapi diramalkan sahaja. Ia sama seperti pembolehubah x tidak diketahui nilainya dalam matematik. Tetapi para penyokong kewujudan planet Nibiru menyatakan bahawa planet Nibiru adalah sama dengan planet X.

   Kewujudan planet Nibiru pula dicadangkan oleh Zecharia Sitchin, seorang penulis dari Amerika yang telah mengkaji mengenai sejarah, tamadun dan tulisan masyarakat Sumeria di Babylon. Berdasarkan penulisan masyarakat Sumeria, Sitchin menyatakan bahawa masih wujud sebuah planet yang belum dijumpai selepas Neptun. Planet itu juga dikatakan akan mendekati dalaman sistem suria setiap 3,600 tahun. Sealai itu, Sitchin juga telah menghabahkan kenyataan ini menerusi bukunya, The 12th Planet pada tahun 1976. Walau bagaimanapun, para saintis yang lain telah membuat tuduhan terhadap Sitchin kerana tidak melakukan terjemahan dengan tepat dan hanya menokok tambah fakta dalam penulisannya itu.

   Planet Nibiru dikatakan sebuah planet yang besar dan mempunyai orbit yang sangat elips, iaitu berbentuk bujur. Planet ini juga diramal akan tiba ke sistem suria dalaman dan akan mengganggu bumi pada tahun 2003, iaitu berdasarkan dakwaan asal penyokong atau pada tahun 2012(dakwaan terkini). Disebabkan itu, pada bulan Disember 2010 yang lalu telah timbul satu isu mengenai planet Nibiru yang diramal akan menghancurkan bumi. Dalam satu persidangan di Parlimen Malaysia, seorang wakil rakyat telah meminta Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Malaysia, Dato' Seri Maximus Ongkili untuk menjawabnya dengan serius. Disebabkan itu, isu ini telah dibawa ke ANKGKASA dan NASA(National Aeronautical and Space Administration) Amerika Syarikat bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
  
  Bagi Dr.Geri, isu mengenai planet Nibiru akan membawa kahancuran kepada bumi hanyalah satu spekulasi yang ditimbulkan kebanyakan orang. Jika orang ramai terus menyebarkan andaian dan kepercayaan mengenainya, maka orang lain juga akan berterusan mempercayainya. Tambahnya, kebanyakan ahli astronomi sama ada profesional atau amatur masih tidak mengetahui dan menerima tentang kewujudan planet Nibiru. Ini kerana jika ia benar-benar wujud, sudah pasti ramai ahli astronomi telah mengkaji dan menulis dalam jurnal, buku dan laman web atau membuat perbincangan mengenainya dalam mana-mana persidangan mahupun ceramah umum.

   Selain itu juga, tidak ada sebarang teori yang boleh menyokong kewujudan planet Nibiru. Malah menurut Dr.Geri, para saintis mempunyai ribuan hujah menyangkal dakyah kewujudannya selain menganggap kewujudan planet Nibiru adalah bercanggah dengan hukum-hukum fizik, biologi dan logik.

   Pada tahun 1995, menerusi laman web ZetaTalk, pemiliknya Nancy Lieder menyatakan beliau telah didatangi dan diberitahu oleh makhluk asing mengenai planet Nibiru akan menghampiri bumi pada 27 Mei 2003. Keadaan ini akan menyebabkan bumi teranjak dan kemudiannya akan mengubah medan magnet dan teras bumi. Namun apabila sampai tahun 2003, dan perlanggaran yang dinantikan tidak berlaku, para penyokong Lieder telah mengubah tarikh perlanggaran dan menyatakan kiamat akan berlaku pada tahun 2012 pula.Disebabkan itu, muncul satu spekulasi yang menyatakan planet Nibiru akan menghampiri bumi pada tahun 2012, iaitu pada 21 Disember 2012, atau lebih popular ditulis seperti 21.12.12. Spekulasi ini juga dibuat berdasarkan ramalan kalendar Maya, iaitu bangsa di tamadun Amerika tengah suatu ketika dahulu.

   Justeru, adakah benar bumi akan dihancurkan seperti yang berlaku dalam filem blockbuster 2012? Benarkah waktu kiamat yang diramalkan oleh kalendar Maya?

   Menurut Dr.Geri, berdasarkan kepercayaan saintis, bencana dalam bentuk lain akan berlaku di antara tahun 2011 hingga 2013 kerana tempoh ini merupakan kemuncak kitaran suria, di mana matahari akan menjadi sangat aktif dan akan menghujani bumi dengan zarah dan sinaran elektromagnet yang lebih bertenaga dan berkeamatan tinggi.

**wallahua'lam..sekadar perkongsian bersama.Manusia hanya merancang,tetapi ALLAH swt yang menentukan segalanya..**

DI SATU PENYESALAN

   "Ala...apasal ayah datang masa ni?"
Kerutan kehairanan muncul pada wajah tua Yusoff. Lidahnya kelu untuk menuturkan kata mendengarkan rungutan si anak. Salahkah aku melawat anak aku? Bukannya orang lain!
   "Ayah, Idah ada hal ni!"
Yusoff mengangguk faham. Dalam masa yang sama Yusoff merasakan hatinya hancur berkecai dan pedihnya bagai dihiris sembilu.
   "Kalau macam tu, ayah balik dulu. Jaga diri baik-baik."
   "Emm !!"
   Junaidah menyahut endah tak endah dengan wajah yang masam mencuka. Langkah terus diatur menghampiri rakan yang sejak tadi memerhati mereka dua beranak. Yusoff hanya dapat menggelengkan kepalanya sambil melihat telatah anak gadisnya. Tanpa membuang masa, Yusoff menghidupkan keretanya yang sudah separuh usia  dan meninggalkan perkarangan sekolah itu dengan membawa sekeping hati yang retak seribu.
   "Ayah kau ke Ju?"
   Junaidah mencebik mendengar soalan Emilia. Ligat otaknya memikirkan jawapan kepada soalan Emilia , anak seorang Timbalan Pengarah.
   "Tolong sikit! Ayah aku kan pengarah syarikat, mana kelaas pakai kereta buruk macam tu!"
   "Habis kenapa kau panggil dia ayah?" , sekali lagi Junaidah terjerat.
   "Ala, apa salahnya. Bukannya orang lain, merangkap driver aku!"
Junaidah memandang sekilas kearah kereta ayahnya dan pantas menarik tangan Emilia yang merenungnya dengan pandangan aneh ke dewan selera. Sementara di dalam sebuah kereta yang usang, dari mata seorang ayah, menitis air jernih.
   "Jue, outing nak?"
   Junaidah terdiam seketika mendengar pelawaan Emilia. Dalam diam dia mengira-ngira baki duit yang tinggal. Tapi otaknya ligat memikirkan apa yang perlu dilakukannya.
   "Okey." Jawabnya sepatah.

        
                      _____________________________________

   "Result awak teruk."
Junaidah terdiam mendengar kata-kata Shaari, Penolong Pengetua.
   "Kalau awak gagal memperbaiki result awak, saya terpaksa keluarkan awak dari sini!"
Junaidah hanya mampu mendiamkan diri dan saat itu, wajah ibu, ayah, dan adik muncul di layar mata. Maafkan Idah.
   "Saya mahu result awak baik selepas ini."
   "Saya tahu cikgu. Terima kasih kerana beri saya peluang sekali lagi. Saya tak akan sia-siakan peluang ini."
Cikgu Shaari mengangguk dan berharap anak kepada  peneroka ini mampu mencapai kejayaan yang cemerlang demi mengubah corak kehidupan mereka sekeluarga.


                     ___________________________________

   Junaidah menarik not RM50 dari wallet berwarna hitam. Sambil matanya liar memerhati sekeliling, bimbang perbuatannya dilihat orang. Setelah pasti situasinya selamat, dengan cukup berhati-hati Junaidah memasukkan kembali wallet hitam ke dalam loker Emilia. Pantas langkah diatur dan pintu yang sememangnya renggang dikuak. Matanya membulat sementara manik-manik halus mula terbit di dahinya. Mata Emilia, Roslin, dan Fazyana yang merenungnya memaksanya menyandarkan tubuhnya yang lesu ke dinding.
   "Ooo...jadi kau la toyol blok ni!"
   "Anak lord konon! Dasar orang tak kenang budi!"
Kata-kata yang mencecah gegendang telinganya akhirnya berjaya menumpahkan air mata keinsafan dari klam matanya. Sayangnya keinsafan itu tiada ertinya lagi pada saat ini.

                __________________________________

   Keheningan tanah perkuburan itu menyentap ulu hati Junaidah. Kuntuman kemboja berguguran di kakinya.
   "Ayah, maafkan Idah."
   Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Junaidah. Air matanya terus gugur tanpa henti. Namun apa yang pasti satu persoalan akan tetap membelenggu jiwanya sampai ke akhir hayat, masihkah ada kemaafan buat dirinya.....

        

CARA MEMOTONG KUKU YANG BAIK MENURUT IMAM AL-GHAZALI

Dalam islam terdapat hari-hari tertentu yang dibolehkan untuk memotong kuku iaitu pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

Hari-hari lain tidak digalakkan kerana akan menyekat rezeki, mendatangkan penyakit, dan mendatangkan masalah-masalah yang tidak menyenangkan.

Mulakan memotong kuku dan jari-jari di sebelah tangan dan mulakan juga pada bahagian jari sebelah kanan. Mulakan memotong di jari telunjuk (bahagian kanan). Seterusnya jari hantu atau jari tengah, jari manis dan akhir sekali jari kelingking atau jari anak. Ibu jari tangan kanan tinggalkan dahulu kemudian beralih kepada tangan kiri. Mulakan dengan memotong kuku dan jari kelingking, jari manis, dan jari hantu, jari telunjuk seterusnya ibu jari di tangan kanan dan akhir sekali ibu jari tangan kiri.

KEUTAMAAN WAKTU SEPERTIGA MALAM TERAKHIR...

  Perbincangan mengenai keutamaan dan keistimewaan sepertiga terakhir daripada waktu malam tidak bermakna waktu-waktu lain tidak mempunyai keutamaan dan keistimewaan. Sebenarnya qiamullail memang elok dilakukan, tidak kiralah pada mana-mana  bahagian malam sekalipun. Namun apabila kita memerhatikan hadis-hadis Rasulullah, kita dapati sepertiga terakhir daripada waktu malam mempunyai lebih banyak keistimewaan dan nilai berbanding dengan bahagian malam yang lain.

  Ini bukanlah sesuatu yang aneh, kerana Rasulullah menjelaskan secara dasarnya pada sepanjang tahun, terdapat malam-malam tertentu yang dimuliakan dan mempunyai nilai yang lebih berbanding waktu-waktu lain. Apabila manusia beribadaah pada malam itu, pahalanya akan dilipatgandakan. Contohnya Lailatul Qadr. Lailatul Qadr berbanding malam-malam lain ialah disebabkan Quran diturunkan pada malam itu. Begitu juga dengan malam Nisfu Syaaban yang berlaku pada pertengahan bulan Syaaban, malam Tarwiyah, malam Arafah, malam Nahar, dan malam Aidilfitri. Malam-malam itu mempunyai keutamaan yang tersendiri.

    Berkenaan malam al-Qadr, Allah menyatakan dalam surah al-Qadr, ayat 1:
 
   "Sesungguhnya kami menurunkan Quran pada Lailatul Qadr."
 
    Dalam hadis yang dilaporkan daripada Mu'az, Rasulullah berkata:

   "Allah turun pada pertengahan bulan Syaaban ke langit dunia. Lalu dia mengampuni sejumlah manusia yang ramainya melebihi bilangan rambut kambing kabilah Kalb."

   Direkodkan Ibnu 'Asakir, Rasulullah berkata:

   "Sesiapa menghidupkan malam-malam yang empat. maka berhak baginya syurga. Malam-malam itu adalah malam Tarwiyah, malam Arafah, malam Nahar dan malam Aidilfitri."

   Dalam hadis lain yang Thabrani merekodkan, Rasulullah menjelaskan :

   "Sesiapa yang menghidupkan malam aidilfitri dan malam Aidiladha, hatinya akan tidak mati ketika hati-hati yang lain mati."

   Malam al-Qadr dan malam-malam istimewa yang lain adalah waktu yang menyimpan banyak kemuliaan. Semua orang berebut-rebut bagi mendapat kemuliaan malam itu, yang mana ia hanya berlaku sekali setahun. Namun begitu tidak bermakna yang doa hanya dimakbulkan pada malam-malam mulia itu, kerana Allah juga menarik waktu-waktu mustajab pada setiap malam di sepanjang tahun.

   Ibnu 'Athaillah berkata, "Doa mempunyai  rukun-rukun, sayap-sayap, waktu-waktu, sebab-sebabnya. Apabila doa memenuhi rukun-rukunnya, menjadi kuat. Apabila sayap-sayapnya dipenuhi, ia terbang di langit. Apabila ia sesuai dengan waktu-waktunya, ia beruntung. Apabila ia bertepatan dengan sebab-sebabnya, ia berhasil."

SETEGUH TEKAD

"Mendegar tangisan ayah pada waktu malam amat mengayat hatiku untuk dikenang. Mendengar batuknya yang bertalu-talu mengocak hening malam menjadikan aku hiba. Betapa luhurnya hati seorang insan kerdil seperti ayahku, seorang ayah yang tidak pernah putus harap untuk berdoa dan mengadu kepada-NYA.


Mengimbau kembali zaman kecilku, bersama keperitan ayah dan ibu membesarkan anak-anak, mengingat tangisan ayah di tengah malam di tikar sejadah benar-benar memberiku semangat untuk merubah nasib keluarga. Sesungguhnya, merenung jejak-jejak silam dalam proses pendakianku, terlalu banyak pengalaman menarik yang boleh direnung kembali.."


SETEGUH TEKAD menyelami kehidupan anak kelahiran Melaka ini mendaki tangga-tangga kejayaan. Sebuah rentetan pengalaman hidup yang menekankan aspek motivasi dan berupaya merangsang jiwa agar sentiasa bersemangat kental.

Prof. Dr. Sidek Baba, tokoh pendidik yang berjiwa besar ini mengajak anda menilai erti sebuah kehidupan yang amat perlu diisi dengan ilmu. Yang pasti, setelah menutup helaian akhir autobiografi ini, anda semua akan terdorong untuk membuat perubahan dalam diri. Mudah-mudahan anda akan dapat mengambil iltibar daripada perjalanan hidup ikon umat islam ini..

DI SINI BERMULA..

  Tanggal 25 Jun 1992.. lahir nya seorang insan yang sngat kerdil ke atas muka bumi ini..tidak lain tidak bukan, itu adalah aku..Berjuta-juta terima kasih yang tidak terhingga kepada ma dan ayah kerana telah membesarkan aku, bagi makan pakai kepadaku, memandikan aku, memberi didikan kepada aku, dan semua lah yang  tak mampu aku ungkap di sini. Aku dibesarkan dalam keluarga yang susah,yang amat susah berbanding dengan orang lain.. Bila diingatkan balik kisah-kisah dulu, mengalir air mata sorang-sorang. Sedih mengenangkan ayah yang terpaksa bekerja keras di ladang semata-mata nak bagi makan kat kami satu family.. ma pula surirumah sepenuh masa. Kadang-kadang, ma pun tolong ayah kerja kat ladang untuk cari duit lebih.. Rezeki kami pada masa tu boleh dikatakan bergantung seratus peratus ngan hasil kerja ayah kat ladang.. tapi kadang-kadang kalau terdesak sangat,ayah terpaksa tebalkan muka pergi pinjam duit ngan sedara,tak pun ngan member-member terdekat... kalau ada yang sudi bagi pinjam, ade la rezeki kami...tapi kalau tak ada yang nak bagi pinjam, tak de rezeki la jawab nye..
  Aku respect sangat ngan ayah. Ayah seorang yang amat sabar dan tabah. Ma pula baik sangat-sangat tapi tegas..biasa la,seorang ibu mesti la tegas terhadap anak-anaknya kan...Walau apa pun yang terjadi, ma ngan ayah tetap didahulukan dalam semua perkara. Sebab Allah dah nyatakan dalam Al-Quran.."keredhaan Allah terletak pada keredhaan Ibubapa"..jadi, apa-apa pun, dahulukan ibu bapa kite ye..^_^