TANDA-TANDA KECIL KIAMAT

1.Penaklukan Baitulmuqaddis
2.Zina bermaharajalela
3.Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
4.Bermaharajalela alat muzik
5.Menghias masjid dan membanggakannya
6.Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
7.Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
8.Ramai orang soleh meninggal dunia
9.Orang hina mendapat kedudukan terhormat
10.Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
11.Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
12.Bulan sabit kelihatan besar
13.Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
14.Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
15.Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
16.Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
17.Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
18.Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
19.Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi
20.Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat
21.Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
22.Orang akan melakukan homoseksual
23.Akan terdapat ramai anak luar nikah
24.Berkurangnya sifat amanah
25.Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
26.Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
27.Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
28.Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
29.Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
30.Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
31.Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
32.Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara.
33.Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
34.Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
35.Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
36.Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
37.Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
38.Banyaknya berlaku gempa bumi
39.Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
40.Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
41.Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
42.Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat