Saturday 20 August 2011

LAILATUL QADAR

Lailatul qadar adalah malam yang berlaku pada bulan Ramadhan, malam ini disebutkan dalam dua surah Al-Quran iaitu pada surah ad-Dukhan dan al-Qadr.

Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya kamilah yang memberi peringatan."
(Surah al-Dukhan , ayat 2)

Firman Allah bermaksud, "Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan."
(Surah al-Qadr, ayat 1)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat malam lailatul qadr disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan, kerana pada malam itu Allah menurunkan rahmat,keampunan,keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan.
"Malam al-qadr itu lebih baik dari seribu bulan." (surah al-Qadr, ayat 3)





Monday 15 August 2011

TANDA TANYA....

Semenjak dua menjak ini, begitu banyak dugaan yang Allah datangkan kepadaku. Hanya yang ku mampu lakukan, bersabar dan terus bersabar..berdoa tanpa henti. Terkadang, terselit jua sedikit keluhan dalam diri ini. Ya rabb, aku terlalu lemah. Aku hanyalah hambamu yang sangat kerdil , sangat hina dimataMU.

Tapi, bila direnungkan kembali, jika Dia mendatangkan dugaan kepada hambaNYA bermakna Dia sayangkan hamba2nya..


Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis qudsi Allah berfirman. "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerna AKU ingin mendengar rintihannya."(HR Thabrani dari Abu Umamah)...

Terkadang, pernah juga hati ini menduga..apakah yang ALLAH datangkan ini adalah satu UJIAN atau satu BALA buatku...






Sunday 14 August 2011

UJIAN DARI-NYA

Ya Allah...dugaan lagi yang kau datangkan kepadaku...
Tabahkan hatiku ya rabb..

Saturday 13 August 2011

HIKMAH SUJUD



MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai
hikmah yang tersembunyi ketika sujud.
Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan
Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai
kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti
ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan k epada
perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t . dan mereka menggalakkan kita bersujud
lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika
sujud pula boleh:
membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
membetulkan pundi peranakan y ang jatuh.
melegakan sakit hernia. (burut)
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
melegakan paru-paru daripada ketegangan.
mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
meringankan bahagian pelvis.
memberi dorongan supaya mudah tidur.
menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.
mengurangkan kegemukan.
pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit
gelombang perut (convulsions) .
organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah
ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah
dan sebagainya..
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak,
takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan
aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan
mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia
yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia
memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan
sempurna.

Monday 1 August 2011

RAMADHAN DATANG LAGI..

Marhaban ya Ramadhan..
Ramadhan bertandang lagi. Tapi ramadhan kali ini tidaklah seberapa gembira seperti tahun-tahun sebelumnya. Walaubagaimanapun nikmatnya masih lagi dapat dirasai..syukur alhamdulillah Ya Allah..Kali ini sudah kali kedua berpuasa di perantauan tanpa keluarga di sisi. Sebak dan sedih x terkata bilamana melihat anak bulan ramadhan nun di langit..Mengimbau kembali ramadhan tahun-tahun sebelum ini, banyak mengajarku erti kesabaran dan erti menghargai..Teramat rindu saat-saat itu..sekarang dah tak de ayah yang nak bising-bising ajak pergi tarawikh, dah tak de ma yang sabar melayan karenah anaknya ini bila disuruh masak macam-macam lauk-pauk..dah tak de adik- adik yang nak ketuk-ketuk pintu time sahur..dh tak de abang-abang yang selalu main mercun sama-sama...Ya allah,betapa indahnye,bahagianya saat itu.. Semoga saat itu kembali bertandang dalam hidupku..
Semoga ramadhan kali ini akan penuh bermakna yang pernah kita jalani..
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” – al-Baqarah; 183.