Showing posts with label uLyyn Nuha. Show all posts
Showing posts with label uLyyn Nuha. Show all posts

Monday, 6 February 2012

JANGAN MUDAH PERCAYAKAN ORANG ASING.

Kisah 1
Jangan disangka orang sekeliling kita semuanya baik-baik belaka. Semua ini atas pengalaman saya sendiri, di mana kawan saya sendiri telah mengambil barangan saya. Walhal tertera jelas nama saya di situ, namun dia berdegil mengatakan itu hak dia.

Kisah 2
Saya hairan, ramai member-member serumah saya mudah percayakan orang luar. Yang saya terkejut, orang itu memang betul2 orang luar, yang digelar "awang hitam"!. Astaghfirullahalazim, saya tidak percaya hal ini berlaku di depan mata saya sendiri. Tambah-tambah pula, member saya tu perempuan, dan mereka itu lelaki. Saya bimbang ,apa sahaja boleh berlaku. Sudah saya ingatkan mereka semua.Namun kata-kata saya hanya diperbodohkan, kesal juga dengan tindakan mereka.

Apa-apa pun, pesanan saya..sentiasalah menjaga keselamatan diri kita. Dunia luar sudah tidak selamat bagi kita. Namun, yakinlah Allah swt selalu ada disisi untuk menjaga kita.

USAH DIKEJAR APA YANG BUKAN MILIKMU

Terkadang kita menangis. Mengapa?? Sebabnya hak kepunyaan kita hilang atau pun diambil org. Sabarlah wahai diri. Sentiasa mengingati Allah swt. Ingatlah, tidak ada yang kekal jadi milik kita dalm dunia ini. Semua itu hanya pinjaman dariNYa sahaja. Ingatlah wahai sahabat-sahabat, semasa kita di dunia, semuanya hanya sementara. Hanya PINJAMAN ALLAH semata-mata.