
Berkenaan malam al-Qadr, Allah menyatakan dalam surah al-Qadr, ayat 1:
"Sesungguhnya kami menurunkan Quran pada Lailatul Qadr."
Dalam hadis yang dilaporkan daripada Mu'az, Rasulullah berkata:
"Allah turun pada pertengahan bulan Syaaban ke langit dunia. Lalu dia mengampuni sejumlah manusia yang ramainya melebihi bilangan rambut kambing kabilah Kalb."
Direkodkan Ibnu 'Asakir, Rasulullah berkata:
"Sesiapa menghidupkan malam-malam yang empat. maka berhak baginya syurga. Malam-malam itu adalah malam Tarwiyah, malam Arafah, malam Nahar dan malam Aidilfitri."
Dalam hadis lain yang Thabrani merekodkan, Rasulullah menjelaskan :
"Sesiapa yang menghidupkan malam aidilfitri dan malam Aidiladha, hatinya akan tidak mati ketika hati-hati yang lain mati."
Malam al-Qadr dan malam-malam istimewa yang lain adalah waktu yang menyimpan banyak kemuliaan. Semua orang berebut-rebut bagi mendapat kemuliaan malam itu, yang mana ia hanya berlaku sekali setahun. Namun begitu tidak bermakna yang doa hanya dimakbulkan pada malam-malam mulia itu, kerana Allah juga menarik waktu-waktu mustajab pada setiap malam di sepanjang tahun.
Ibnu 'Athaillah berkata, "Doa mempunyai rukun-rukun, sayap-sayap, waktu-waktu, sebab-sebabnya. Apabila doa memenuhi rukun-rukunnya, menjadi kuat. Apabila sayap-sayapnya dipenuhi, ia terbang di langit. Apabila ia sesuai dengan waktu-waktunya, ia beruntung. Apabila ia bertepatan dengan sebab-sebabnya, ia berhasil."
No comments:
Post a Comment