Namun apabila Clyde Tombaugh, seorang ahli astronomi Amerika menjumpai Planet Pluto pada tahun 1930, didapati ciri-ciri yang terdapat pada planet Pluto adalah tidak sama dengan planet X seperti yang diramalkan. Sejak peristiwa itu, ahli astronomi sering menggunakan tatatanda planet X bagi sebarang planet yang diramalkan wujud, tetapi masih belum dijumpai. Menurut Felo Penyelidik di Institut Sains Angkasa(ANGKASA) Universiti Kebangsaan MAlaysia (UKM), Dr, Geri Gopir, gelaran planet X sebenarnya digunakan untuk planet yang tidak diketahui tetapi diramalkan sahaja. Ia sama seperti pembolehubah x tidak diketahui nilainya dalam matematik. Tetapi para penyokong kewujudan planet Nibiru menyatakan bahawa planet Nibiru adalah sama dengan planet X.
Kewujudan planet Nibiru pula dicadangkan oleh Zecharia Sitchin, seorang penulis dari Amerika yang telah mengkaji mengenai sejarah, tamadun dan tulisan masyarakat Sumeria di Babylon. Berdasarkan penulisan masyarakat Sumeria, Sitchin menyatakan bahawa masih wujud sebuah planet yang belum dijumpai selepas Neptun. Planet itu juga dikatakan akan mendekati dalaman sistem suria setiap 3,600 tahun. Sealai itu, Sitchin juga telah menghabahkan kenyataan ini menerusi bukunya, The 12th Planet pada tahun 1976. Walau bagaimanapun, para saintis yang lain telah membuat tuduhan terhadap Sitchin kerana tidak melakukan terjemahan dengan tepat dan hanya menokok tambah fakta dalam penulisannya itu.

Bagi Dr.Geri, isu mengenai planet Nibiru akan membawa kahancuran kepada bumi hanyalah satu spekulasi yang ditimbulkan kebanyakan orang. Jika orang ramai terus menyebarkan andaian dan kepercayaan mengenainya, maka orang lain juga akan berterusan mempercayainya. Tambahnya, kebanyakan ahli astronomi sama ada profesional atau amatur masih tidak mengetahui dan menerima tentang kewujudan planet Nibiru. Ini kerana jika ia benar-benar wujud, sudah pasti ramai ahli astronomi telah mengkaji dan menulis dalam jurnal, buku dan laman web atau membuat perbincangan mengenainya dalam mana-mana persidangan mahupun ceramah umum.
Selain itu juga, tidak ada sebarang teori yang boleh menyokong kewujudan planet Nibiru. Malah menurut Dr.Geri, para saintis mempunyai ribuan hujah menyangkal dakyah kewujudannya selain menganggap kewujudan planet Nibiru adalah bercanggah dengan hukum-hukum fizik, biologi dan logik.
Pada tahun 1995, menerusi laman web ZetaTalk, pemiliknya Nancy Lieder menyatakan beliau telah didatangi dan diberitahu oleh makhluk asing mengenai planet Nibiru akan menghampiri bumi pada 27 Mei 2003. Keadaan ini akan menyebabkan bumi teranjak dan kemudiannya akan mengubah medan magnet dan teras bumi. Namun apabila sampai tahun 2003, dan perlanggaran yang dinantikan tidak berlaku, para penyokong Lieder telah mengubah tarikh perlanggaran dan menyatakan kiamat akan berlaku pada tahun 2012 pula.Disebabkan itu, muncul satu spekulasi yang menyatakan planet Nibiru akan menghampiri bumi pada tahun 2012, iaitu pada 21 Disember 2012, atau lebih popular ditulis seperti 21.12.12. Spekulasi ini juga dibuat berdasarkan ramalan kalendar Maya, iaitu bangsa di tamadun Amerika tengah suatu ketika dahulu.
Justeru, adakah benar bumi akan dihancurkan seperti yang berlaku dalam filem blockbuster 2012? Benarkah waktu kiamat yang diramalkan oleh kalendar Maya?
Menurut Dr.Geri, berdasarkan kepercayaan saintis, bencana dalam bentuk lain akan berlaku di antara tahun 2011 hingga 2013 kerana tempoh ini merupakan kemuncak kitaran suria, di mana matahari akan menjadi sangat aktif dan akan menghujani bumi dengan zarah dan sinaran elektromagnet yang lebih bertenaga dan berkeamatan tinggi.
**wallahua'lam..sekadar perkongsian bersama.Manusia hanya merancang,tetapi ALLAH swt yang menentukan segalanya..**
No comments:
Post a Comment