Monday, 16 April 2012

TAKUT.

Kadang-kadang, terasa serik untuk melakukan perkara itu...
kerna ia tidak pernah membuahkan hasil..
kecewa..
terasa hilang keyakinan...

untuk kali ini, masih terasa takut..
Ya Allah, bantu aq :(

Friday, 10 February 2012

MENOLAK BALA

Berkongsi sedikit pengalaman bersama sahabat2 semua.
Kali pertama praktikal nun jauh dari kampung halaman, jauh dari keluarga, jauh dari ibu bapa.Macam2 ragam manusia yang saya temui..ada yang baik, ada yang sebaliknya. Bila heboh diperkatakan tempat ini 'femes' dengan santau, sihir, dan yang sewaktu dengannya, terdetik rasa gerun di hati. Namun, pesan ma, bila kita berada di mana2 sekalipun, jangan depends dengan seseorang untuk meminta tolong..tp bergantunglah dengan DIA . :)





Amalkan membaca ayat ni tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang. Insyaallah kita akan dilindungi dari perkara yang tidak elok ,terutamanya santau.

Monday, 6 February 2012

JANGAN MUDAH PERCAYAKAN ORANG ASING.

Kisah 1
Jangan disangka orang sekeliling kita semuanya baik-baik belaka. Semua ini atas pengalaman saya sendiri, di mana kawan saya sendiri telah mengambil barangan saya. Walhal tertera jelas nama saya di situ, namun dia berdegil mengatakan itu hak dia.

Kisah 2
Saya hairan, ramai member-member serumah saya mudah percayakan orang luar. Yang saya terkejut, orang itu memang betul2 orang luar, yang digelar "awang hitam"!. Astaghfirullahalazim, saya tidak percaya hal ini berlaku di depan mata saya sendiri. Tambah-tambah pula, member saya tu perempuan, dan mereka itu lelaki. Saya bimbang ,apa sahaja boleh berlaku. Sudah saya ingatkan mereka semua.Namun kata-kata saya hanya diperbodohkan, kesal juga dengan tindakan mereka.

Apa-apa pun, pesanan saya..sentiasalah menjaga keselamatan diri kita. Dunia luar sudah tidak selamat bagi kita. Namun, yakinlah Allah swt selalu ada disisi untuk menjaga kita.

USAH DIKEJAR APA YANG BUKAN MILIKMU

Terkadang kita menangis. Mengapa?? Sebabnya hak kepunyaan kita hilang atau pun diambil org. Sabarlah wahai diri. Sentiasa mengingati Allah swt. Ingatlah, tidak ada yang kekal jadi milik kita dalm dunia ini. Semua itu hanya pinjaman dariNYa sahaja. Ingatlah wahai sahabat-sahabat, semasa kita di dunia, semuanya hanya sementara. Hanya PINJAMAN ALLAH semata-mata.


Sunday, 5 February 2012

MauLUd..

Masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan Salam Maulidur RAsul 1433H. Berbanyak-banyakkan salam dan selawat ke atas junjungan Baginda Muhammad Saw.